Betapa besarnye Kuasa Allah~! dengan menggunakan air aje 100.000 orang telah meninggal dunia... betapa Allah maha berkuasa.. dunia ni hanya sementara.. ajal maut ketentuan Allah.. ia datang bila2 mase je.. Sedih bile dengar ramai yang dah pergi~ tak sangka ehk.. bencana alam boleh berlaku dengan sekelip mata..
Perlu diketahui~ bahawa orang yang terjerumus dalam urusan Dunia, yang terpedaya oleh gemerlapan Dunia dan menyukai kenikmatan yang diperoleh dengan perantaraan Dunia.. pasti hatinya tidak ingat akan kematian. Jika ada orang menyebut kematian.. maka dia benci dan berpaling. Merekalah yang difirman Allah SWT:
"katakanlah: "seseungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada {Allah}, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beri kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
ibnu Umar ra berkata:
"Aku datang kepada Nabi SAW bersama sama sembilan orang sahabat, lalu seorang sahabat dari Ansar berkata: "siapa orang yang paling pandai dan mulia wahai rasulullah?"
baginda lalu bersabda yang bermaksud:
"Yang paling banyak ingat tentang kematian di antara mereka dan banyak persiapannya untuk kematian itu. Merekalah orang orangyang pandai. Mereka pergi dengan kemuliaan Dunia dan kemuliaan Akhirat"