Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, June 11, 2005

Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'. Berbaju kurung bukanlah mengurung Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nak bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat. Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata memandang ketiak seperti ikan lolong Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir. Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu. Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen. Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi juga fikirkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan. Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi. Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung membinasakan diri, Ustaz melihat pun separuh mati. Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan. Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Apa yang baik hendaklah ikuti, kalau boleh seikhlas hati.

klik sini untuk pantun Aurat




7:15 AM
Alhamdulillah

Thursday, June 02, 2005

Ibu..

mengapa diri ini sanggup melukai hatimu
sedangkan hatimu sungguh suci dan murni

mengapa diri ini tergamak membencimu

sedang ku tahu, tak pernah sedikitpun kau membenci diriku

mengapa ku diam membisu bila ibu bertanya

sedangkan ku tahu, ia adalah perbuatan derhaka

mengapa tak terlintas pengorbanan yg telah kau lakukan

sedangkan pengorbananmu sungguh mulia

mengapa ku sering merendahkan mu

sedangkan ku mengerti, darjatmu teramat tinggi

mengapa ku tidak menghormatimu

sedangkan sudah menjadi tanggungjawabku untuk menghormatimu

mengapa ku sentiasa mengundang kemarahan ibu

sedangkan ibu tak pernah mengundang kemarahan ku

mengapa diri ini tak pernah ingin mendekatimu
sedangkan kau sering ingin mendekatiku

mengapa terkadang ku menghitung kemarahanmu
sedangkkan kesilapanku terlalu banyak dari kemarahanmu

mengapa ku tidak pernah mengetahui
betapa kau amat menyayangi diri ini









9:53 AM
Alhamdulillah