Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, July 24, 2005

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu
terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan
ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia
akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula
menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya.... janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah
sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang
kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin
mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan... yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.....





4:49 PM
Alhamdulillah