Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, August 31, 2005

Keimanan dan ketaqwaan bersemadi dalam sanubari, keyakinan dan keinsafan dimiliki diri insani, hanya keimanan yang sejati itu akan menebus diri dari tipudaya duniawi yang mencengkam siapa yang tersimpang. punyailah sifat yang terpuji dari ajaran ilahi yang sering kita diuji sebagai hamba di muka bumi. airmata dan keinsafan, penyeri iman di hati. inspirasi mukmin sejati menebus dosa-dosamu di sana nanti

Wanita muslim itu adalah yang terdidik dengan sifat yang baik dan luhur budi pekertinya, mereka sentiasa mengikuti ajaran Allah tanpa ada bantahan dan penyelewengan yang boleh membawa mereka ke jalan yang sesat.

Setiap wanita yang beriman tentu mengharapkan dirinya menjadi wanita yang bermaruah dan terbaik, dari itu.. untuk menuju ke arah itu.. setiap wanita harus sedar akan kepentingan dirinya sebagai wanita islam yang tahu menjaga maruah dan dapat pula berbakti kepada kaum keluarga serta negara. Tidak mudah putus asa.. sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah.

Mencapai kesempurnaan akhlak bagi muslimah merupakan perkara yang penting dan mulia. kerana ia merupakan gambaran secara keseluruhan keperibadian seseorang. jika akhlak muslimah itu buruk, maka seseorang akan mengambil kesimpulan bahawa segala aspek yang ada dalam dirinya adalah buruk. kerana akhlak gambaran dari diri seseorang. akhlak yang mulia iaitu akhlak yang mampu menolak kemungkaran, kemudian bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah. kemudian ia sanggup untuk melakukan yang terbaik dan diredhai Allah untuk dirinya sendiri dan orang lain.




3:28 PM
Alhamdulillah

Monday, August 29, 2005

Aduhai lelaki... Perlunya wanita...

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari-cari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tiada di Syurga. Namun Nabi Adam A.S. Tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik, kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah. Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti semakin menderita.***** ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.***** ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki waja-negarawan, karyawan, jutawan dan segala macam 'wan' yang lain.***** ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Tidak akan lahir superman tanpa superwomen. Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan. Itulah hakikat dan akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak kenal diri sendiri, apalagi mahu mengenali lelaki.***** ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan menjadi huru hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa yang dilindungi. Pada lelaki pula, jangan hanya mengharap ketaatan. Tetapi biarlah melalui kepimpinan yang inteligen.***** ------------------------------------------------------------------------------------------

*****Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Sejahat mana lelaki pun pasti akan mengharapkan wanita yang solehah bakal menyinari kehidupannya. Namun janganlah mengharap isteri seperti siti fatimah kalau peribadi sendiri belum lagi seperti Sayyidina Ali.*****




4:57 PM
Alhamdulillah


Di antara tanda-tanda lemahnya iman seseorang itu terdiri dari pelbagai aspek iaitu :

1. Melakukan kederhakaan dan dosa
Melakukan satu jenis kederhakaan tetapi berterusan. Namunada pula yg melakukan pelbagai jenis kederhakaan, kerana terlalu sering melakukannya sehingga menjadi kebiasaan yg tidak dpt ditinggalkan.Sesungguhnya kejahatan dan dosa itu secara perlahan akan menghilangkan cahaya dalam hati.

2. Hati yang mati
Ada pula hati yang telah berubah laksana batu sehingga tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu apapun.Orang yg mempunyai hati seperti ini tidak terpengaruh ketika ia melihat orang mati atau mayat yg sedang terbujur, bahkan dia sendiri yg mengangkat mayat dan memasukkan ke liang kubur.

3. Lalai dalam beribadah
Orang yg sudah lemah iman tidak akan tekun dalam melakukan ibadah. Jelas nampak tindak-tanduknya spt tidak khusyuk dalam solat, membaca Al-Quran, berdoa dll. Tidak menyemak dan memikirkan makna doa sehingga ketika ia membacanya hanya berdasarkan bacaan yg bersifat terus menerus.

4. Meremehkan ibadah
Kalau ia mengerjakan ibadah, maka ibadah yg dikerjakannya tidak mempunyai roh. Tidak ada perhatian seseorg untuk mendapat pahala Allah.Cth mengundur-ngundur untuk mengerjakan haji, atau menunda-nunda waktu solat.

5. Resah dan gelisah
Termasuk dari tanda lemahnya iman seseorg itu adalah perasaan resah dan gelisah,tidak sabar dlm menghadapi kenyataan hidup,cepat berputus asa. Sedangkan iman sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah SAW,adalah kesabaran dan kelapangan hati.

6. Lalai dalam berzikir dan berdoa
Lalai dalam berzikir dan berdoa sehingga zikir merupakan pekerjaan yg paling berat bg dirinya.Jika ia mengangkat tangan dan berdoa, maka dengan secepat mungkin ia menurunkan tangannya dan menyudahinya.

7. Hilangnya perasaan ghairah
Di dalam hati orang seperti ini sudah tidak ada lagi perasaan cinta kepada yang makruf dan benci kepada yang mungkar. Segala urusan dianggapnya sama, bahkan boleh jadi dia akan meredhai jika kemungkaran itu dilakukan.

8. Menjauhkan diri dari Al-Quran
Org yang telah lemah imannya akan menjadi bosan dan malas utk mendengar dan membaca kandungan Al-Quran dan tidak berusaha utk memahami isi kandungannya.

9. Gila pangkat dan kedudukan
Kesukaan menyuruh org lain berdiri ketika dia datang,hal ini bertujuan utk menyenangkan jiwanya yg sakit,iaitu agar semua org mengagung-agungkan dirinya.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:"Barangsiapa yg suka jika hamba-hamba Allah bangun berdiri memberikan penghormatan atas dirinya,maka hendaklah dia menempati rumah dari api neraka." (HR.Bukhari)

10. Bakhil dan kikir
Lemahnya iman dlm diri seseorang akan melahirkan sifat bakhil.Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:"Sifat bakhil dan iman tidak akan bersatu dlm diri seseorang utk selama-lamanya." (HR.An-Nasa'i).

12. Pandai berkata-kata tetapi tidak berbuat
Firman Allah SWT yg bermaksud:"Hai orang-orang yg beriman mengapa kamu mengatakan apa yg tidak kamu perbuat? Sangat besar kebencian disisi Allah,bahawa kamu mengatakan apa yg tidak kamu lakukan."(Ah-Shaff:2-3). Tidak dpt diragukan lagi, bhw hal ini termasuk perbuatan org-org munafik.Ucapan seseorang yg tidak sama dgn perbuatannya adalah orang yg sangat dibenci oleh Allah dan juga dibenci sesama manusia. Sesungguhnya kebanyakan dari penghuni neraka itu adalah orang yg menyuruh kpd yg makruf tetapi dia tidak melakukannya, melarang dari yg mungkar tetapi justeru dia yg mengerjakannya.

13. Melakukan pekerjaan syubhat
Ada sbhgian orang ketika meminta fatwa tentang sesuatu, lalu diberitahukan kepadanya, bhw sesuatu yg ditanyakannya itu adalah haram, dia masih tertanya-tanya apakah nilai haramnya berat atau tidak?

14. Mencela perbuatan baik
Seseorang yg mencela atau tidak mengindahkan perbuatan-perbuatan baik yg sederhana dan kecil, bererti didlm jiwanya terdapat keburukan dan ruang yg kosong. Akibat yg bakal diterimamya dari meremehkan kebaikan yg kecil itu ialah,tidak akan menerima keistimewaan yg besar.

15. Tidak mahu membantu sesama Islam

16. Tidak memiliki tanggungjawab terhadap Islam

17. Tidak tabah dalam menghadapi musibah

18. Suka berbantah-bantahan

19. Cinta dunia

20. Terlalu mementingkan diri


Oleh itu marilah kita bersama-sama menilai diri adakah tanda-tanda tersebut terdapat didlm diri kita dan berusaha untuk mencari penawarnya... ... ... InsyaAllah... .




4:27 PM
Alhamdulillah


Siti Sarah feat Zahid AF2-Menari Denganku

Sarah : Bila kita bersama memang semua indah
Jika lihat wajahmu hilang demam semingguku
Ku pinjam henfon papa rasa rindu menjelma
Belum pun dail nombormu zass, ziss, zuss kau di depanku

Sarah & Zahid: Oh Dengarkan irama lagu
Ikut rentak dan langkahkusarungkan sepatumu
Mari menari denganku


Zahid: Kenangan cinta kita bukan mula di Friendster
Teringat kisah lalu pertama kali bertemu
Ku terlanggar bahumu lalu fail pun terjatuh
Mata bertentang mata umpama filem india

RAP Zahid : Ku akui, diriku sering merindui
Ke mana ku pergi tak dapat lari
Kau saja bermain di fikiranku

Sarah : ku akui, dirimu dulu tak ku endah
Walau kau pandangku 2 belah mata
Bukannya bermaksud ku tak cinta

Zahid : kusedari, cinta kita perlu diubati
Kenangan pahit jadi pengajaran
Kenangan manis kita harus disimpan

Sarah: Mengertilah hadir dirimu tak sia2
Cintaku tercipta hanya untukmu

Zahid: Walau Beyonce datang mengganggu!

Sarah : Betul ke?




9:21 AM
Alhamdulillah

Friday, August 26, 2005

Ku Kembali..........

helo.. okey caner nak mule ehk? ehez... eleh eksyen blur ah konon.. dah lamer jugak tak update nie.. tak biase pulak nak type camne hehez.. ok ok.. ku dah bekerje.. penat jugak deh kerje.. tapi bak kate Abby.. "takpe.. penat sikit" hehe ku kerje ngan adek.. pegi samer2.. balek pon samer2.. sampai kakak yg kat tempat keje tu kate kitorang tWinS.. hehe.. keje kat situ ok laa.. alhamdulillah.. org org kat sane peramah2... kitorang dah jadik macam keluarga.. diorang tak suke marah.. tu yg bagusnye tu.. =)

dah keje nie.. rase gembira dan bersyukur sangat.. sebab at last.. bapak benarkan ku bekerja.. asalkan samer2 with my sis.. eh twins.. twins tak seiras n tak samer umur ehez.. Abby banyak kasi nasihat n kata kata semangat.. thanks sis.. u are my best fren 4 ever.. tak semua ekceli yg tauu ku dah bekerje nie.. hid pon tak tahu~ hehez.. harap sape yg baca nie.. kalau nak tanye ape ape.. juz call me k.. sebab kan.. ramai yg view blog nie.. cuma tak tag aje.. tag laaa.. ape salahnye kalau tag.. niwei.. syukran kepada yg sudi singgah blog yg tak seberape nie... selamat membaca.. ilal liqa'

Aisyah




3:32 AM
Alhamdulillah


LELAKI HANDSOME DAN ...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?




1:24 AM
Alhamdulillah

Wednesday, August 24, 2005

Hakikat Cinta
Album : Stars of the Night
Munsyid : n.o.e
http://liriknasyid.com


Semua yang hidup di dunia
Pastilah memiliki rasa cinta
Mencintai sesama dan mengasihinya
Karena manusia tlah dibekali cinta

Reff:
Ingatlah insan cinta adalah anugrah
yang diberikan Allah Kepada Manusia
Jangan kau lupakan cinta kepada Allah
Karena sesungguhnya Cinta Allah
Lebih berharga daripada cinta oh di dunia...

Sayangilah yang menyayangimu
Sayangilah karena tuhanmu
Menyayangi sesama dan bersaudaralah
Bersatulah semua dan jangan berpecah

Bridge:
Mencinta dicinta hasrat manusia
Karena sesungguhnya cinta adalah fitrah




8:57 AM
Alhamdulillah

Sunday, August 21, 2005

Every night, someone thinks about you before they go to sleep. At least 15 people in this world love you in some way.The only reason someone would hate you is because they want to be just like you.There are at least 2 people in this world that would die for you.You mean the world to someone.Someone that you dont even know exists loves you.When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.When you think the world has turned its back on you , take a look again. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks. So if you are a loving friend, send this to everyone on your list including me .................




6:15 PM
Alhamdulillah

Friday, August 19, 2005

She is the moon that brightens up my night
When it gets too dark and I sense the fright
She is the sun that lights up my life
When darkness hovers me
As I search the path to survive
She is the twinkling star that decorates the night
When I am down, lonely or distraught about a fight
She is the fluffy cloud that provides me warmth
Just like the cotton wool used to heal my wounds
She shines on me with her warm smile
Just like the sun with its blazing rays across themiles
Her eyes sparkle with much affection
Just like the amazing stars twinkling across thehorizon
A daily routine as it seems
The wise words that can be heard
From a beloved lady of mine
I looked at her with such amazement
As I listen to those golden words dug out from themine
Friends and lovers come and go
But she stays forever and that I knowI sit and think and realise that its you
Mother, dear mother, just 3 words

I LOVE YOU




11:48 AM
Alhamdulillah


Kamu mengenal Allah tapi tak menaati-Nya;

Kamu mengenal Rasulullah Saw. tapi tak
mengikuti sunnahnya;

Kamu mengetahui Al Quran tapi tak
mengamalkannya

Kamu menikmati karunia Allah SWT tapi tak
bersyukur;

Kamu mengetahui adanya surga tapi tak
memintanya;

Kamu mengetahui adanya neraka tapi tak
menghindarinya;

Kamu mengetahui adanya setan tapi tak
memeranginya bahkan mendekatinya;

Kamu akan mati tapi tak mau bersiap-siap;

Kamu sering menguburi kaum muslimin tapi tak
mengambil ibrah dari kuburan tersebut;

Kamu sering terjaga dari tidur tapi menyibukkan
diri menyebarkan aib manusia sedangkan kamu
meninggalkan aib kamu sendiri.




8:41 AM
Alhamdulillah

Wednesday, August 17, 2005

Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci...Lidahnya selalu basah dengan zikrullah...Matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosanya...Sabar terhadap perkara yang dihadapi dan...Mengutamakan Akhirat berbanding dunia...




2:03 AM
Alhamdulillah


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt........

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya......

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya....

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya..............




2:01 AM
Alhamdulillah

Tuesday, August 16, 2005

10 sifat orang yang berilmu itu ialah :

1.Ikhlas pada waktu malam sendirian walaupun dimuka umum.

2.Berlaku adil pada waktu sedang marah @ dalam keadaan tenang.

3.Sederhana dalam keadaan miskin mahupun kaya.

4.Menyambung persaudaraan kepada orang yang memutuskannya.

5.Memberi kepada orang yang tidak suka memberi.

6.Memberi maaf kepada orang yang menganiaya/berlaku zalim.

7.Pada waktu diam digunakan untuk berfikir dan berbicara sebagai zikir.

8.Bicara berisi nasihat.

9.Apa yang dilihat selalu dijadikan contoh dan pengajaran.

10.Selalu mengenangkan kebaikan orang dan melupakan kesalahan orang lain.




2:16 AM
Alhamdulillah

Monday, August 15, 2005

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai
macam benda-benda abstrak: ada CINTA,
KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya
mereka hidup berdampingan dengan baik dan
saling melengkapi.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas
pulau Kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin
tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha
menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat
berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di
tepi pantai mencoba mencari pertolongan.
Sementara itu air makin naik membasahi kaki
CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN
sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN!
KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa
jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata
KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti
perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi
bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-
cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan
CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya
KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak
CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN
terlalu gembira karena ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air
makin tinggi membasahi CINTA sampai ke
pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama
lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak
CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah,
CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa
membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku
yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih
sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis
terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua
orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA
berkata, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku
bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata
KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih
dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN
sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus
asa. Ia merasakan air makin naik dan akan
menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau
dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada
Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya
dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar
suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"
CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat
seorang yang tua berjanggut putih panjang sedang
mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA
naik ke perahu itu, tepat sebelum air
menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu
menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada
saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama
sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik
hati menyelamatkannya itu. CINTA segera
menanyakannya kepada seorang penduduk tua di
pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata
orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia
menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya.
Bahkan teman-teman yang mengenalku pun
enggan menolongku", tanya CINTA
heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah
yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA
itu......"





5:32 PM
Alhamdulillah

Thursday, August 11, 2005

Wajah - Jaclyn {Lagu Tema: Bersamamu}

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidup
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa..

Kaulah wira...




2:32 PM
Alhamdulillah

Wednesday, August 10, 2005

Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka. Janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.




11:31 PM
Alhamdulillah

Monday, August 08, 2005

Lawak 1

Seorang nenek ditemubual oleh seorang wartawan tentang projek pembangunan di kampugnnya.

Wartawan : Apa PENDAPAT nenek dalam hal ini?
Nenek : PENDAPATAN nenek cukup-cukup makan je, tak lebih tak kurang.
Wartawan : Maksud saya, apa PANDANGAN nenek kpd projek ini?
Nenek : Tu lagi susah nak cakap. PANDANGAN Nenek dah semakin kabur.


Lawak 2

Cikgu: ok kasi cikgu ayat yg menggunakan perkataan TEPUNG

Murid: oh senang aje cikgu..

Cikgu: baiklah.. silakan buat ayat yer..

Murid: "emak saya sedang buat cake"

Cikgu: man.. mane perkataan TEPUNG yg cikgu suruh buat?

Murid: ler.. tepung tu kan mak dah masokkan kat dalam cake tu..

Cikgu: bertuah punye budak~!




9:39 AM
Alhamdulillah

Sunday, August 07, 2005

Ya Allah, Bukakanlah Dadaku, Mudahkan
Urusanku
dan Hilangkanlah Kekakuan Pada Lidah Agar
Mereka Faham Akan PerkataanKu.

Ya Allah! Mulakan Permulaan Hari Ini Satu
Kebaikan, Pertengahannya Merupakan
Kebahagian
dan Penghujungnya Keuntungan.

Ya Allah! Tiada Yang dapat Memberi Kebaikan
Melainkan Engkau, dan Tiada Yang dapat Menolak
Kejahatan Melainkan Engkau, Tiada Daya
UpayaKu.


Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,untuk agamaku,baik untuk duniaku dan akhiratku,maka satukanlah kami di dunia&akhirat buat selamanya




6:10 PM
Alhamdulillah

Tuesday, August 02, 2005

sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran anda
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung berlaku dalam hidup ini.Mungkin ia benar atau berlaku secara kebetulan sahaja..fikirkanlah..Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia inimenyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia inimenyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalahkerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawakebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidakmenyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati andasebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidakakan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangatbesar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyaipeluang untuk mendapatkan sesuatu yang andaingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendirilambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalahyang terbaik.




10:05 AM
Alhamdulillah

Monday, August 01, 2005

childhood: paling pendiam dlm adek bradek.. very pemalu, tak banyak cakap.now: gadisbiase yg peramah bile da kenal, blomberpunye, yg lain, baca testi~Berselawat ke atas baginda, berpegang dgn syariat, bergantung kepada asSunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dlm mencari keredhaan Allah.

Keimanan dan ketaqwaan bersemadi dalam sanubari, keyakinan dan keinsafan dimiliki diri insani, hanya keimanan yang sejati itu akan menebus diri dari tipudaya duniawi yang mencengkam siapa yang tersimpang. punyailah sifat yang terpuji dari ajaran ilahi yang sering kita diuji sebagai hamba di muka bumi. airmata dan keinsafan, penyeri iman di hati. inspirasi mukmin sejati menebus dosa-dosamu di sana nanti




6:28 AM
Alhamdulillah


Setiap wanita yg beriman, tentu mengharapkan dirinya menjadi wanita yg bermaruah dan terbaik, dari itu.. untuk menuju kearah itu.. setiap wanita harus sedar akan kepentingan dirinya sebagai wanita islam yg tahu menjaga maruah dan dapat pula berbakti kepada kaum keluarga dan negara. mereka tahan diuji dan tabah menghadapi dugaan Allah. tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah.




6:25 AM
Alhamdulillah


Seorang awek yg Bahasa inggerisnya tak berapa
betul terlanggar seorang jejaka inggeris di sebuah
pusat membeli belah..

Awek : I'm Sorry...

mat saleh : Im sorry too..

Awek tadi kebingungan dan merasakan dia harus
menjawab mat salleh itu tadi..

Awek : im sorry three...

mat saleh : "What are you sorry for?"

Awek : "I'm sorry, five."

mat saleh pun terus belah....




4:28 AM
Alhamdulillah