Wednesday, August 31, 2005
Keimanan dan ketaqwaan bersemadi dalam sanubari, keyakinan dan keinsafan dimiliki diri insani, hanya keimanan yang sejati itu akan menebus diri dari tipudaya duniawi yang mencengkam siapa yang tersimpang. punyailah sifat yang terpuji dari ajaran ilahi yang sering kita diuji sebagai hamba di muka bumi. airmata dan keinsafan, penyeri iman di hati. inspirasi mukmin sejati menebus dosa-dosamu di sana nantiWanita muslim itu adalah yang terdidik dengan sifat yang baik dan luhur budi pekertinya, mereka sentiasa mengikuti ajaran Allah tanpa ada bantahan dan penyelewengan yang boleh membawa mereka ke jalan yang sesat.Setiap wanita yang beriman tentu mengharapkan dirinya menjadi wanita yang bermaruah dan terbaik, dari itu.. untuk menuju ke arah itu.. setiap wanita harus sedar akan kepentingan dirinya sebagai wanita islam yang tahu menjaga maruah dan dapat pula berbakti kepada kaum keluarga serta negara. Tidak mudah putus asa.. sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah.Mencapai kesempurnaan akhlak bagi muslimah merupakan perkara yang penting dan mulia. kerana ia merupakan gambaran secara keseluruhan keperibadian seseorang. jika akhlak muslimah itu buruk, maka seseorang akan mengambil kesimpulan bahawa segala aspek yang ada dalam dirinya adalah buruk. kerana akhlak gambaran dari diri seseorang. akhlak yang mulia iaitu akhlak yang mampu menolak kemungkaran, kemudian bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah. kemudian ia sanggup untuk melakukan yang terbaik dan diredhai Allah untuk dirinya sendiri dan orang lain.
3:28 PM
Alhamdulillah