Tuesday, September 27, 2005
Kisah Guru dan Murid MuridnyaSepas isyak, setelah berasa cukup memberikan pengajian selama bertahun-tahun kepada murid-muridnya, seorang Kiyai memberikan seekor ayam kepada setiap mereka. Kiyai berpesan, terimalah ayam ini, lalu sembelihlah ditempat, di mana tidak ada yang dapat melihat apa yang kamu lakukan. Subuh itu udara cukup dingin, namun Kiyai dan muridnya sudah berkumpul. Selepas solat subuh berjemaah,
Kiyai bertanya perihal ayam yang diberikan itu. Seorang mirid senior meminta izin berbicara,
Kiyai, saya sudah menjalankan pesan Kiyai untuk menyembelih ayam itu ditempat yang tiada yang dapat melihat saya menyembelih ayam itu. Kiyai tersenyum, dimana kamu sembelih??
Murid itu menjawab, di belakang perigi, malam tadi tepat pukul 12:00.
Kamu yakin tiada yang melihat perbuatan itu?
Yakin... Kiyai. Saya dah periksa berulang kali tempat tu dan sudah sangat berhati-hati, Kiyai menghela nafas. Dia tatap satu-satu muridnya. Lalu dengan perlahan dia bertanya, bagaimana dengan yang lain??
Seorang demi seorang melaporkan tempat rahsia mereka menyembelih ayam tersebut. Kiyai sekali lagi menghela nafas. Dengan suara berat,Kiyai berkata, Kalian semua tidak lulus... . berbulan-bulan aku mengajarkan islam kepada kalian, sayang, kalian tidak mampu menangkap dengan baik. Ketika kalian berasa telah menemukan sesuatu tempat rahsia, di mana tiada yang dapat melihat perbuatan kalian, kalian lupa, wahai anak-anakku, bahawa sesungguhnya tiada tempat di dunia ini yang lepas dari pengamatan Allah! Ketika kalian sembelih ayam itu, tidak sedar kah kalian bahawa Allah melihat perbuatan itu.
Merenung kisah di atas, sedarkah betapa kita sering lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui perbuatan kita. Ketika kita sembelih nasib orang bawahan kita, ketika kita berhasil melepaskan diri dari kecurigaan isteri dan berlaku curang. Saat kita berjaya mengubah lapuran kewangan manakala kita tunjuk pihak-pihak lain sebagai kambing hitam, dari persoalan ini kita lupa bahawa Allah dapat membezakan dengan jelas mana kambing yang hitam dan mana yang putih Mampukah kita melepaskan diri dari mata Allah SWT, mampukah kita menemukan tempat rahsia, di mana tiada yang mampu melihat apa yang kita lakukanYa Allah, ampunilah kami... .
4:35 AM
Alhamdulillah
Sunday, September 25, 2005
Tujuh kalimat1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
5:52 PM
Alhamdulillah
Sunday, September 04, 2005
Siapa Allah dalam hati kita..Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan " di mana Allah dalam hati kita," agar kita dibayangi kasih saying Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah. Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman, hubungan serta keupayaan untuk majudalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita? Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka. Cuba perhati se rta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya. Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan. Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya. Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan. Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehendakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?
6:19 AM
Alhamdulillah