Tuesday, September 27, 2005
Kisah Guru dan Murid MuridnyaSepas isyak, setelah berasa cukup memberikan pengajian selama bertahun-tahun kepada murid-muridnya, seorang Kiyai memberikan seekor ayam kepada setiap mereka. Kiyai berpesan, terimalah ayam ini, lalu sembelihlah ditempat, di mana tidak ada yang dapat melihat apa yang kamu lakukan. Subuh itu udara cukup dingin, namun Kiyai dan muridnya sudah berkumpul. Selepas solat subuh berjemaah,
Kiyai bertanya perihal ayam yang diberikan itu. Seorang mirid senior meminta izin berbicara,
Kiyai, saya sudah menjalankan pesan Kiyai untuk menyembelih ayam itu ditempat yang tiada yang dapat melihat saya menyembelih ayam itu. Kiyai tersenyum, dimana kamu sembelih??
Murid itu menjawab, di belakang perigi, malam tadi tepat pukul 12:00.
Kamu yakin tiada yang melihat perbuatan itu?
Yakin... Kiyai. Saya dah periksa berulang kali tempat tu dan sudah sangat berhati-hati, Kiyai menghela nafas. Dia tatap satu-satu muridnya. Lalu dengan perlahan dia bertanya, bagaimana dengan yang lain??
Seorang demi seorang melaporkan tempat rahsia mereka menyembelih ayam tersebut. Kiyai sekali lagi menghela nafas. Dengan suara berat,Kiyai berkata, Kalian semua tidak lulus... . berbulan-bulan aku mengajarkan islam kepada kalian, sayang, kalian tidak mampu menangkap dengan baik. Ketika kalian berasa telah menemukan sesuatu tempat rahsia, di mana tiada yang dapat melihat perbuatan kalian, kalian lupa, wahai anak-anakku, bahawa sesungguhnya tiada tempat di dunia ini yang lepas dari pengamatan Allah! Ketika kalian sembelih ayam itu, tidak sedar kah kalian bahawa Allah melihat perbuatan itu.
Merenung kisah di atas, sedarkah betapa kita sering lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui perbuatan kita. Ketika kita sembelih nasib orang bawahan kita, ketika kita berhasil melepaskan diri dari kecurigaan isteri dan berlaku curang. Saat kita berjaya mengubah lapuran kewangan manakala kita tunjuk pihak-pihak lain sebagai kambing hitam, dari persoalan ini kita lupa bahawa Allah dapat membezakan dengan jelas mana kambing yang hitam dan mana yang putih Mampukah kita melepaskan diri dari mata Allah SWT, mampukah kita menemukan tempat rahsia, di mana tiada yang mampu melihat apa yang kita lakukanYa Allah, ampunilah kami... .
4:35 AM
Alhamdulillah