Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, November 26, 2005

Muslimah Sejati

Mampukah aku....

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.. Hartanya diperjuangkan fisabilillah.. Penawar hati kekasih Allah.. Susah dan senang rela bersama....

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak.. Pendorong kesusahan dan penderitaan.. Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku... Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah.. Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang.. Tiada memiliki harta dunia.. Sememangnya layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah.. Inginku intip serpihan sabar.. Dari catatan hidup Siti Sarah..

Kuinginkan jua ketabahan jiwa.. Setabah umi Nabi Ismail.. Mengendong bayinya yang masih merah.. Mencari air penghilang dahaga.. Diterik padang pasir.. Ditinggalkan suami akur tanpa bantah.. Pengharapannya hanya pada AllahItulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan imanBersinar indah, harum tersebar.. Bagai wanginya pusara Masyitah.... Mampukah aku......

Rebutlah pangkat wanita solehah... Wanita Yang Solehah (Baik) Itu Lebih Baik
Daripada 1,000 Orang Lelaki Yang Soleh.




9:31 PM
Alhamdulillah

Sunday, November 06, 2005

Balik Kampung

assalamualaikum..


akhirnye ku dapat juga balik kampungz.. dulu selalu brangan je.. 'kan best kalau ade kampung' berangan ngan shikin.. ngan diyana.. biaselah.. org singapore.. jarang yg ade kampung.. dalatu.. berangan nak buat kampung sendirik.. siap cat kaler kuning ijau lagik gitukz.. ewah~ tahun nie alhamdulillah.. ku dapat balik kampung my nyayi tiri.. die baik skali.. rindu lak ngan nyayi~

7:30am mak kejutku.. mak tanye.. cha, nak pergi kampung? ku jawab.. bolehlah..

mase tu maseh ngantuk2 gitukz.. macam tak percaye yg ku dapat go kampung.
perjalanan menuju ke destinati agak lamer jugak.. tapi ku tak tidur.. nak tgk2 suasana perjalanan menuju ke sane.. ya Allah.. sungguh indah ciptaanMu.. bile dah sampai.. nyayi pon kluar.. ramai jugak yg datang.. adek bradek mak nye family pon ikut kereta my uncle.. ade 4 kereta mase kite pegi tu.. abeh semua masok rumahnye... besar jugak.. abeh ku tolong nyayi bawa air.. pastu makan kuih.. pastu tgk kat luar.. ade anak2 ayam... kiut seh.. ikot maknye ae mane mak nye pegi.. anak2 nye ikot je.. abeh ku ngan adek pegi tgk.. skali ade satu anak ayam nie terjatuh kat longkang... so kesian.. die nak kluar.. tapi longkang tu tinggi jugak.. takleh fly.. hehez.. pastu ku tangkap.. dapat jugak rase pegang anak ayam tuh.. kaler brown lagik~ abeh nak letak kat maknye.. maknye dah lari masok daerah utan.. beh letak je kat reban.. abeh kesian.. macam tercari cari mak die gitu.. abeh ku bukak pintu reban tu.. die terus kluar.. lariiii carik mak die alahai, kesian.. abeh dah kul 11:30tgh hari.. dah start masak... ku ngan adek tolong masak.. yg senang2 aje ehehz.. abeh dah siap.. kite semua makan... pastu solat zohor.. then nak go kampung yg lain.. tapi pakcik kite tersalah jalan.. abeh macam dah sesat gituk.. beh tak jadik pegi.. sebb nanti takot nak balik nanti jam.. den balik.. jam jugak.. tapi tak lamer.. dlm 1 jam je.. dari kul 3:oopm sampai 4:00pm.. alhamdulillah.. semua selamat pegi dan pulang.. abeh kan.. yg sedihnye.. ku punye jam tangan tertinggal.. baru beli~ mase nak amek wudu' tu lah yg terlupa nak pakai balik.. aisey.. tapi takpe.. its ok.. hmm ok eh .. sampai sini je my story untuk kali nie..




4:00 PM
Alhamdulillah

Tuesday, November 01, 2005

100 langkah menuju kesempurnaan iman


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;




7:10 AM
Alhamdulillah