Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, February 28, 2006

Kecantikan Peribadi Lebih Utama

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantikbukan syarat kebahagiaan.Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telahmula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yangtidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya.Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilangdan muda bertukar tua.Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!




3:09 AM
Alhamdulillah

Monday, February 06, 2006

Menuntut ilmu

Ilmu pengetahuan adalah punca kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa. Disebabkan itu, umat Islam digalakan supaya berlumba-lumba dengan bangsa lain bagi menuntut ilmu untuk kemajuan dan kebaikan masa depan. Ini kerana hanya dengan ilmu pengetahuan, yang dapat menjamin kemajuan dan ketinggian umat Islam.Umat maju dan tinggi taraf hidupnya kerana mereka dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang. Umat mundur kerana jahil dan tidak berilmu pengetahuan. Demikianlah perbandingan yang ketara antara orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.Dalam sebuah hadis, Abi Darda berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:Sesiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntut ilmu dalamnya pengetahuan, Allah membuka baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat menghentikan sayapnya tanda hormat kepada penuntut ilmu pengetahuan dan sesungguhnya seorang alim memohon baginya siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi hingga ikan di air. Dan keutamaan seorang alim ke atas orang biasa umpama keutamaan bulan ke atas cakerawala yang lain. Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Sesungguhnya Nabi tidak meninggalkan wang ringgit, bahkan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Maka sesiapa yang mengambilnya mendapat keuntungan banyak. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)Firman Allah yang bermaksud:Allah mengangkat darjat (kedudukan) mereka yang beriman daripada kamu dan mereka yang menuntut ilmu pengetahuan. (Surah Al-Hujurat, ayat 11)Demikianlah pentingnya menuntut ilmu dan bergunanya pada orang Islam sehingga ia diletakkan pada taraf wajib. Ini dijelaskan sebuah hadis daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah bersabda yang bermaksud:Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu bukan pada tempotnya adalah seperti orang yang menghias babi-babi dengan permata dan mutiara dan emas. (Riwayat Ibn Majah dan lainya)




5:13 AM
Alhamdulillah