Monday, March 27, 2006
Doa Buat Sahabat
Bismillahirrahmanirrahim... .
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaandan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.
2:39 AM
Alhamdulillah
Saturday, March 25, 2006
ISTIMEWANYA ORANG BERCINTABertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya.Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah. Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya. Namun allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.
Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang bleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama.
Tanda Cinta.Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah,
bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." Surah: Ali Imran. Ayat:146.
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." Surah Ali-Imran. Ayat: 134
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222
Untungnya Orang Bercinta. Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan rucahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhira, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.
10:43 PM
Alhamdulillah
Susahnya Nak Buat Dosa... Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...
Susahnya Nak Buat Dosa... Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah. Nak sewa hotel (duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap² silap kena tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...
Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kanboleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best!
Susahnya Nak Buat Dosa... Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni. Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka. Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala... Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la... Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...
Susahnya Nak Buat Dosa... Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila. Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².
Senangnya Nak Buat Pahala... Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru, kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan. Mane lagih best?
Susahnya Nak Buat Dosa... Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap² kantoi, kena ganti. Tak pun... Saman court dalam... (ikut gayaAziz Satar dalam Bujang Lapok)
Senangnya Nak Buat Pahala... Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka. Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Bahagia je...
Susahnya Nak Buat Dosa... Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih. Carik peguam tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh. Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar. Tapi dusta belaka. Ingat upah sanaupah sini tu murah ke? Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe... Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!
Senangnya Nak Buat Pahala... Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit. takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah. Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru. Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab. Selain tuh, hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah... Renung-
renungkanlah... Wallahu a'lam...
4:14 AM
Alhamdulillah
Friday, March 17, 2006
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
4:15 AM
Alhamdulillah
Thursday, March 16, 2006
Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
*Orang beribadah disangka riak
*Orang yang relax disangka malas
*Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
*Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
*Orang makan banyak disangka pelahap
*Orang makan sikit disangka diet
*Orang baik disangka buruk
*Orang buruk disangka baik
*Orang senyum disangka mengejek
*Orang masam disangka merajuk
*Orang bermuzakarah disangka mengumpat
*Orang diam disangka menyendiri
*Orang menawan disangka pakai susuk
*Orang nampak ceria disangka membela
......... mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
3:21 PM
Alhamdulillah
Desktopku paling favourite.. semuanye pink belaka.. woowoo..
3:13 PM
Alhamdulillah
Monday, March 13, 2006
Kedudukan Carta Pilihan Utama Nasyid IKIM.FMMinggu 101. Layar Keinsafan - Mestica2. Tika Dinihari - Devotees3. Sandaran Cinta - Saff One4. Cinta Pertama - Far East5. Setelah Aku Dipaling - Rast6. Camar Kelukaan - Saff one7. Nursyahadah - Far East8. Nur Iman - Brothers 9. Utusan Rahmat - Ustaz Amal10. Cinta Abadi - Zikraa
3:41 PM
Alhamdulillah