Menuntut ilmu adalah umpama mendaki sebuah bukit di mana dalam pendakian tersebut seseorang akan bersinggah di 5 tempat persinggahan:
Persinggahan pertama(di kaki bukit, sebelum mula mendaki):
Ini adalah tempat asal semua penuntut ilmu, di mana seseorang itu berada didalam keadaan jahil dan tidak tahu-menahu.
Persinggahan kedua:
Ini adalah tempat semua orang yang ingin mengubati kejahilan dirinya. Di tempat ini akan ditemui berbagai sumber ilmu pengetahuan. Dengan sikap terbuka lagi bersemangat seseorang itu mengambil dan memanfaatkan semua ilmu-ilmu yang ditemuinya di sini.
Persinggahan ketiga:
Ini adalah tempat bagi orang yang telah mengumpul semua ilmu yang ditemuinya di persinggahan kedua. Dengan terkumpulnya semua ilmu tersebut, dia merasakan dirinya hebat dan alim. Maka ditempat persinggahan ini seseorang itu berubah menjadi takabur, ujub dan sombong. Dia tidak lagi mahu membuka pintu-pintu ilmunya melainkan orang lainlah yang wajib membuka pintu mereka untuk menerima sumbatan ilmunya.
Persinggahan keempat.
Jika seseorang itu mahu meneruskan pendakian setelah tempat persinggahan ketiga, dia akan menemui tempat persinggahan ini yang dipenuhi dengan sumber-sumber yang dapat menyedarkan dirinya. Kesedaran ini akan mengubah dirinya ke arah sifat tawadhu' dan rendah diri. Dia akan kembali sebagaimana dirinya di tempat persinggahan kedua, suka berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Hanya sahaja kini dia lebih matang dan dewasa, hasil hikmah sifat tawadhu' yang menyinar dari hatinya. Seterusnya dia mendaki lagi:
Persinggahan kelima(di puncak bukit):
Di persinggahan ini dia mencapai kemuncak ilmu, iaitu dia tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan Allah yang mengetahui semuanya. Apa sahaja yang benar disedari bahawa ia berasal dari Allah manakala apa sahaja yang salah diakui bahawa ia berasal dari kelemahan dirinya sendiri.
Kita sekarang berada di persinggahan yang mana ? Harapnya bukan yang pertama dan bukan yang ketiga.
Jika kita berada di tempat persinggahan pertama atau ketiga ini, ayuhlah cepat-cepat kita meneruskan pendakian. Janganlah berehatlama-lama di sana.
Jika kita berada di persinggahan keempat, ingatlah bahawa kita sedang mendaki bukit, bila-bila masa boleh tergelincir jatuh ke bawah.
Teruskan mendaki. Dan kita mendaki sebagai satu pasukan. Insya-Allah semoga kita semua sampai ke puncak bukit, di tempat persinggahan kelima.
Sekian sekadar renungan dan iktibar bersama.
5:32 PM Alhamdulillah
Friday, April 28, 2006
10 keutamaan menghubungkan ukhwah
1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.
2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.
3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
6. Allah dapat melanjutkan usianya.
7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
9. Dapat menggimbirakan jenazah yang berada di alam barzah.
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.
10:04 PM Alhamdulillah
Wednesday, April 26, 2006
Assalamualaikum.. 15 April 2006
at last~ dapat jugak jumpe diyana.. my fren yg dah ku anggap sebagai sis yg tersayang~ mase hari isnin 10 April.. call diyana.. yelaa.. dah lamer tk call.. asyik nak call lupa aje.. lagikpon takot diana tgh busy.. abeh selalu tertidur.. mase hari isnin tu dpt jgk call.. wee~ tapi so sorie my dear.. diyana tgh siap2 untuk solat isya' afwan sis.. tapi maseh sempat bebual mesra dgn kak aisyah yer.. bebual sekejap je dgn diayana.. abeh dpt satu info yg ade concert nasyid kat Masjid Hasanah.. wah.. waktunye sesuai gitu.. tak la malam.. kul 2 sampai lepas asar.. nadiah belikan tiket.. abeh hari sabtu.. mase yg ditunggu tunggu sudah tiba hehe.. kitorang janji nak jumpe kat jurong west kul 12.20tghari.. ku dtg cepat sebab takot terlambat.. abeh diyana dah sampai.. bile tgk aje diyana.. hati rase tenang.. sebab sebelom jumpe tu.. tgh stress skit.. sorie diyana.. ade org tanye nak derma ke tidak.. biaselah kan.. abeh ku kate dah lambat.. die tk kasi pergi dari situ.. ish.. tu yg akak blur2 skit tu ehez.. tapi diyana ceria sangat orgnye.. suare die je dah cukup untuk menenangkan semua org.. dgn wajahnya yg ayu jelita tu.. cantik luar dan dalam.. susah nak dpt gadis mcm nie zaman sekarang.. abey bebual dgn diayana sambil tunggu bas sampai.. naik bas.. pon bebual... peramah betul anak mak nie hehe.. pastu nampak je masjid Hasanah.. kite terus turun.. sampai je sane.. kite dua dua tak tahu mane nak masok hehe.. taklamer gitu nadiah pon sampai.. kite samer2 pegi tingkat 3.. seronok tgk nasyid2 tanahair nyanyi live.. ade ikhwani.. amani.. dan Nur irsyad.. semua suare sedap2.. tak sangka diyana dan nadiah peramah2 belaka.. semoga kite bertemu lagi..
10:46 AM Alhamdulillah
Kesempurnaan Diri Seorang Mukmin
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat? Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin:
" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini... . "
Wassalam
Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah
Mudah-mudaham bermanafaat untuk ana dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.
1:00 AM Alhamdulillah
Monday, April 24, 2006
Keihlasan
TIADA yang lebih menyakitkan hati seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain. Sebagai hamba Allah, pernahkah kita bertafakur mengenai konsep cinta dan cemburu dalam konteks pengabdian diri kepada-Nya?
Adakah Allah cemburu dan relakah Dia diduakan dan mempunyai sekutu? Seorang hamba yang dekat dengan Tuhan amat teliti dalam menjaga perhubungan hatinya. Dia hanya mahu memenuhi hatinya dengan kehadiran Allah.
Muraqabatullah seperti ini yang ditunjukkan oleh Rabiah al-Adawiyah ketika berkata: "Sungguh aku jadikan Engkau Rabbku dalam hatiku, sedangkan tubuhku aku biarkan duduk dengan sesiapa saja."
Jiwa dan raga adalah milik-Nya. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuh seseorang seperti dinyatakan dalam hadis qudsi bermaksud: "Jika aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bukan sebarang orang akan dapat keutamaan yang amat istimewa seperti itu. Kemurnian cinta kepada Allah saja yang dapat menaikkan dirinya pada kedudukan yang amat mulia di sisi-Nya.
Konsep ikhlas mencintai Allah telah lama menjadi keutamaan dalam amalan sahabat Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika Umar bertanya kepada Muaz bin Jabal: "Mengapa engkau menangis wahai Muaz? Lalu beliau pun menjawab: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sedikit saja riak itu adalah syirik."
Demikian juga ketika Saad bin Abi Waqqash meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah cintakan hamba-Nya yang takwa dan menyembunyikan dirinya (amalnya)." (Hadis riwayat Muslim)
Imam al-Nawawi dalam Syarah Hadis Arba'in ada menerangkan makna ikhlas iaitu gerakan hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredaan Allah dan menyatakan tunduk patuh hanya kepada perintah-Nya. Begitu halusnya setiap amal akan dinilai di hadapan Allah.
Barang siapa yang masih memiliki niat lain dalam ibadatnya selain daripada Allah, maka amalnya itu akan diganjari menurut niatnya dengan seadil-adilnya. Amalan ikhlas mempunyai peringkat yang berlainan kedudukannya sesuai dengan keadaan seseorang.
Pertama, ikhlas peringkat permulaan iaitu seseorang berusaha membersihkan amalnya daripada perasaan riak dan kepentingan diri peribadi.
Ia beramal dengan tujuan keredaan Allah dan bermatlamat mendapatkan ganjaran yang dijanjikan-Nya serta terhindar daripada azab-Nya.
Hamba Allah ini begitu teliti dalam setiap amalannya. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW menjadi kekuatan amalannya.
Doa itu: Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada berbuat syirik dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang tidak kami ketahui."
Menurut Rasulullah SAW, barang siapa yang mengamalkan doa ini maka Allah akan membersihkan amalannya daripada syirik dan riak.
Peringkat kedua, ikhlas orang yang tinggi kecintaannya kepada Allah.
Mereka beramal bukan kerana pahala semata-mata, bahkan bertujuan membesarkan Allah dan mengagungkan-Nya. Dalamnya makrifat kepada Allah membuat hamba ini tidak peduli dengan perhitungan pahala dan ancaman seksa. Hal ini kerana bagi mereka ketajaman mata hati melihat kebesaran Allah dan perasaan khusyuk serta tunduk pada kebesarannya adalah lebih penting daripada syurga dan neraka.
Seperti seorang kekasih yang reda menerima apa saja yang diberikan kekasihnya kerana cintanya begitu murni tanpa sebarang kepentingan. Keikhlasan hamba Allah ini tidak pernah surut walaupun ujian daripada-Nya sentiasa datang. Ibadat mereka tetap berterusan tidak berkurangan disebabkan ujian Allah. Kerana mereka tidak mengharapkan keuntungan semata-mata daripada ibadat itu, hanya keredaan Allah dan cinta-Nya yang menjadi kekuatan.
Terakhir adalah jika kita sampai pada peringkat ikhlas yang tertinggi iaitu bersandar pada kalimat 'La hawla Wala Quwwata Illa Billah' (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah).
Ibadat yang dilakukan adalah gerakan daripada kuasa Allah, bukan kuasa peribadi. Allah yang menggerakkanku ketika solat, berdoa, puasa dan sedekah. Kerana pertolongan Allah saja yang membuat aku berada pada rahmat-Nya. Kerana Dia berkehendak menolong dan memberi hidayah kepadaku, maka aku menjadi hamba pilihan-Nya.
Tidak ada sedikit pun perasaan sombong dengan amalan yang dikerjakan kerana kita tahu semua itu adalah kerana gerakan daripada Allah semata-mata. Sesuai dengan firman-Nya: "Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 21)
Semoga Allah S.W.T Memberkati Dan Merahamati Kita Semua
3:02 PM Alhamdulillah
Sunday, April 23, 2006
Wanita Solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya , Kemanisan wanita solehah , tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu , Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu , Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah , Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
11:24 AM Alhamdulillah
Saturday, April 22, 2006
Kepada insan2 yg sedang dilamun cinta ... ... ... ..
Hayatilah munajat cinta ini... ... .dan pohonlah pada Allah swt... ... ..semoga kita tergolong dalam golongan yg benar-benar beriman... ..INSYAALLAH... ... ...
Ya Allah~ jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin~ jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU... ...
Ya Allah~ jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU... ... .
Ya Rabbana~ jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMU... .
Ya Rabbul Izzati~ jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMU... ... .
Ya Allah~ jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMU... ..
Ya Allah~ jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu... ...
Ya Allah~ jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU... ...
Ya Allah~ jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ... ...
Ya Allah~engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu, telah berjumpa pada taat MU. telah bersatu dalam dakwah pada MU,telah berpadu dalam membela syariat Mu. kukuhkanlah ya Allah ikatannya. kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalanya. penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar . lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan MU... ... ... ...
5:44 PM Alhamdulillah
BIDADARIidaman Setiap Lelaki..
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari- bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah s.w.t. dan ini merupakan sunnah besar Nabi s.a.w. dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah ... ... :
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang diredhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut ... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama ... .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia ... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah ... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia ... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu ... tak pernah dilihat di dunia ini ... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah 'Ainul Mardhiah ... wanita itu menjawab ehh tidakk ... saya khadamnya, 'Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai ... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia 'Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab ... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini ... 'Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, ... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh menakjubkan ... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua ... dan tak pernah dia lihat di dunia ... lalu wanita itu berkata ... akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku ... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab ... nantiii kamu belum syahid lagiiii ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi s.a.w. ... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi s.a.w. dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi ... dalam menceritakan itu Nabi menjawab benar ... benar ... benar ... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi s.a.w. berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ... subhanallah ...
5:01 PM Alhamdulillah
Thursday, April 13, 2006
Tika Dinihari
Oh Tuhanku Tiada indah di malam yg ini Melainkan dengan bermunajat kepadamu Tiada indah suatu hari yg Aku lalui kecuali dengan patuh kepadamu
Oh Tuhanku Tiada indah hidup di dunia melainkan berzikir dan menyebut namamu Tiada indah tiba di akhirat yang abadi kecuali dengan kempunan mu
Ya Allah Tuhanku Yg merubahkanku Tetapkanlah Hatiku Moga sentiasa Dalam Agamamu Jua taat akan perintahmu
Tuhan Usah bebankan kami Dengan bebanan yang berat Seperti Yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan Jangan Pikulkan Kami Yang tidak kami terdaya Maafkan salah kesilapan Ampunkanlah Dosa-Dosa Rahmatilah Kami
6:07 PM Alhamdulillah
Tuesday, April 11, 2006
SITI NURHALIZA ~ BIARLAH RAHSIA...
~ pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempat ku membayangkan pahit manis berlaku tak siapa yang tahu ~ mungkin nanti kau jua merasakan berdepan dengan kata menyesatkan tak mampu ku merubah tiada pertimbangan ~ keheningan malam membalutkan kepayahan jiwa meluahkan andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi ~ dan kisah ku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia oh oh oh oh oh... ~ semakin aku hitung dalam cinta tiada kuasa mampu menghalangnya hentikan kata-kata bertulangkan dusta ~ pernahkah kau bermimpi seketikaberada di tempat ku
3:41 AM Alhamdulillah
Saturday, April 08, 2006
Soal Hati.. Jawapan Al-Quran
KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
5:58 PM Alhamdulillah
Thursday, April 06, 2006
Sabar Itu Indah
Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dgn berlapang dada, tidak mudah menyerah serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan? Apakah anda menpunyai penyelesaian yg lain selain darpada sabar? Apakah anda mengentahui senjata lain selain kesabaran utk menghadapi persoalan hidup? Suatu ketika seorg tokoh mengahadapi berbagai musibah yang dtg silih berganti dlm hidupnya dan juga berbagai kesulitan yg berlumba utk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yg lain pula dtg mengunjunginya. Meskipun demikian ternyata mampu dia menepis segala kesulitan itu dengan kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran. Demikianlah yg dilakukan oleh org-org mulia yg terhormat itu dlm berjuang melawan setiap dugaan & mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.
Ketika beberpa org sahabat menziarahi Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu yg sdg terbaring sakit, para sahabat berkata kpdnya: "Apakah perlu kami panggilkan seorg tabib utk mengubatimu"? Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu : "Seorg tabib telah memeriksaku!" Para sahabat bertanya "Apakah yg dikatakan olehnya?" Jawab Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu " Inni fa'aalun limaa uriid" ( Sesunggunya Aku boleh melakukan apa sahaja yang Aku mahu).
Bersabarlah! Akan tetapi ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran org yg yakin akan datangnya pertolongan Allah, org yg tahu akan sebaik-baik tempat kembali, org yg mengharpkan pahal, dan org yg mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah meskipun anda menghadapi berbagai bersoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan dtg setelah kesabaran, kelapangan akan dtg setelah kesusahan dan kemudahan akan dtg setelah kesulitan.
Saya telah membaca beberapa biografi tokoh terkenal didunia ini, dan saya terpegun dgn besarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka dlm menghadapi berbagai macam dugaan yg dtg terus-menerus bagaikan air dingin yg menitis di atas kepala mereka. Akan tetapi, daya tahan mereka tetap kukuh bagaikan kukuhnya gunung. Kebenaran menancap kuat kedalam diri mereka dan mereka sedar bahawa waktu di dunia ini sangatlah singkat. Wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dgn dtgnya matahari kemenangan keceriaan dan masa pertolongan. Bahkan ada di anatara mereka yg tidak hanya cukup bersabar sahaja, namun jesteru menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang di hadapan musibah-musibah itu sambil menyatakan tentangan nya.