
KEHEBATAN PEREMPUAN DALAM PUJUK RAYU
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir
dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh
lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada
kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi
segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat
juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan
agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta
isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang
lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan
perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga
banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang
tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi
terhadap Allah di mana seorang isteri boleh
mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang
baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi
seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan
kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa
yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat
penyayangnya lebih kuat dari lelaki.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang
bertanya "Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa
dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik
dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling
bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan
berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada
perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan
hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang
sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta
terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang
diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti
memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau
dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan
oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat
lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu
sendirinya datang dari perut perempuan yang
menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga
dewasa.
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah
dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya
sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di
udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan
bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi
mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya
(serta menjaga solat dan puasanya)