Sunday, May 21, 2006

Rahmat Disebalik Dugaan
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan , bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya . Tidak selamanya langit itu cerah kadang2 mendung mewarnai perjalanan hari kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan . Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan , dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih .
Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T. Mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini . Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar . Umar bin Abdul Aziz berkata, "Tidak Ada Suatu Nikmat Yang Dikurniakan Allah S.W.T Kepada Seseorang , Lalu Diambil Kembali Nikmat Tersebut Sedangkan Orang Itu Menerima Takdir Yang menimpa Dirinya Dengan Sabar Melainkan Allah Akan Mengganti Yang Lebih Baik bagi Dirinya".
Sekian untuk renungan bersama..
4:00 PM
Alhamdulillah