Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, July 11, 2006


MUHASABAH UNTUK DIRI DAN SAUDARAKU

© Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri




© Kegagalan terutama manusia adalah kesombongan

© Kebodohan terutama manusia adalah sifat menipu

© Kesedihan terutama manusia adalah iri hati

© Kesalahan terutama manusia adalah mencampakkan dirinya dan orang lain ke lembah kebinasaan

© Sifat manusia yang terkasih adalah rendah hati

© Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya

© Kehancuran terbesar manusia adalah rasa putus asa

© Harta terutama manusia adalah kesihatan

© Hutang terbesar manusia adalah hutang budi

© Hadiah terutama manusia adalah sifat lapang dada dan mahu memaafkan

© Kekurangan terbesar manusia adalah sifat berkeluh kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan

© Ketenteraman dan kedamaian terutama manusia adalah suka beramal

"Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal... .Memahami orang lain dan menerima keberadaannya tanpa mempersoalkan "Kekurangannya"


"Sebagaimana diri kita, demikian pula makhluk lain, sebagaimana makhluk lain, demikian pula diri kita. Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka, tidak seharusnya kita saling berselisih, "Kulihat saudaraku dengan mikroskop kritik dan kubilang sungguh jahat saudaraku itu, kulihat lagi ia dengan teleskop hina dan kubilang alangkah kecilnya ia, kemudian kupandang ia dengan cermin kebenaran."

Sumber Dari: Agama Corner




3:32 AM
Alhamdulillah

Saturday, July 08, 2006

Kehadiran Subuh

Pada pagi itu seperti pagi2 yg lain, aku menyambut seorg tetamu tetapku. "assalamu'alaikum.." seru Subuh. "waalaikummussalam." sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu & kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari 1 tempat ke 1 tempat.

"tadi.." kata Subuh dgn sayu, "... aku baru sahaja melintasi 1 tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yg sunyi, tapi 1 pun tiada yg mahu menerimaku sbg tetamu." Dan air mata Subuh berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka. Bukankah aku menyambut-mu dgn penuh rasa kegembiraan?"

Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku melalui 1 tempat yg tanahnya disebalik sungai. Org2nya sepertimu, menyambutku dgn penuh kesukaan, menjamuku dgn pelbagai hidangan yg lazat. Hidangan yg paling ku suka ialah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain, tapi jarang ku jumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dgn puas."

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pokok al-Lail, jadi aku tak dapat menghidangkan mu dgn buah kesukaan mu. Tapi aku ada roti Shiyam. (puasa)" Cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dgn hormat, "Roti itu ada tuan punya-nya." kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan," pinta Subuh.

Aku agak sugul. 'Bgmana harusku memberitahu Subuh yg Air Mata Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat?'

Namun, aku tetap menjenguk ke dlm perigi yg memuatkan air mata tersebut. Aku terkejut, perigi tersebut hampir separuh penuhnya.

Hatiku berdetik 'adakah ini tanda kemarau akan berakhir?'

Tanpa berlengah lagi, ku bawa air tersebut pada Subuh, dan ku sua kan manisan yg dipinta-nya. Selesai menjamah semuanya, subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh.." seru ku.

"Mahukah kau tinggal selamanya dgn ku? Aku memerlukan teman dlm kesunyian. Akan ku layan kau dgn sebaiknya, wahai Subuh."

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaan ku tidak akan dipenuhi.

"aku perlu menziarahi ramai org, ada ramai lagi yg memerlukan kehadiran ku untuk mengubati rindu mereka, seperti mana aku mengulit mimpi mu."

Dan aku akur dgn penjelasan Subuh.

"Subuh.." seru ku lagi pabila melihat Subuh bersiap untuk pergi. "Sudikah kau menziarahi ku lagi, esok?" "Insya Allah.." jawab Subuh. "Bukankah aku kekasih yg kau rindui?"



Subuh berangkat dgn lambat tapi tetap.

"Assalamualaikum," seru Subuh.

"Waalaikummussalam," jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh yg semakin laju dgn setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/s: Apalah agaknya keluh-kesah daripd Zohor, Asar, Maghrib, & Isyak?

Jawapan-nya: "tersirat dlm diri."

Wallahua'lam.

-----------------------------------------------------------

~Bila malas melakukan Ibadah; tanda kita telah dibelenggu oleh Dosa; Bila solat tidak khusyuk tanda hati terpaut dgn Dunia~







5:37 PM
Alhamdulillah

Sunday, July 02, 2006



Sepertimana yang telahpun kita ketahui, ada 4 sifat yang wajib yang ada pada Rasulullah SAW.SIDDIQ, TABLIGH, FATHONAH DAN AMANAH. Kesemua sifat Rasulullah ini telah dikurniakan oleh Allah khusus buat kekasihNya ini. Supaya menjadi contoh dan ikutan buat manusia seluruh alam.
Namun, kita sebagai umat Islam yang telah dipilih Allah SWT menjadi khalifah, orang yang sanggup utk memikul kalimah Allah di muka bumi ini, perlu juga memantapkan hati dan rohani dengan sentiasa mempelajari ilmu agar kita sentiasa berada di atas landasan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, usaha dakwah dan penyebaran Islam telah disambung oleh para sahabat baginda SAW. Mereka itulah yang digelar Khulafa' Ar-Rasyidun (Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina 'Uthman bin 'Affan r.anhum dan Saidina 'Ali Karamallahu Wajhahu). Bermula dari mereka ini dan seterusnya kepada sahabat - sahabat yang lain seperti Abu Hurairah, Abu 'Ubaidah dan juga Zaid bin Harithah r.anhum, sebenarnya pada mereka ini terdapat 6 sifat yang unggul yang telah dimiliki dan oleh kerana mereka mengamalkan sifat-sifat ini , telah membawa mereka kepada kejayaan yang besar di dunia dan akhirat. Keenam-enam sifat tersebut juga telah memudahkan urusan agama mereka dan Allah SWT telah memelihara mereka (para sahabat r.anhum) dari segala macam bentuk kesusahan. 6 sifat yang unggul yang ada pada para sahabat ialah : 1) Yakin dengan kalimah Toyyibah iaitu kalimah LAAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. 2) Solat yang Khusyu' dan Khudu'. 3) Ilmu serta Zikir 4) Ikram Muslimin 5) Ikhlas Niat. 6) Da'wah dan Khuruj Fi Sabilillah.

Cuba kita sama - sama renungi, cuba kita sama-sama hayati, cari makna yang tersembunyi dan juga pengertiannya. Allah cinta pada orang yang sentiasa mencintai ilmu. Adakah sifat - sifat ini ada pada diri kita?
Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya : Seandainya kau (umat Nabi Muhammad SAW) benar - benar mencintaiku, bersedialah untuk diuji (Allah SWT) dengan ujian yang tiada henti seperti air yang mengalir. Harus diingat, kita mengaku bahawa kita mencintai Allah dan RasulNya tetapi adakah kita sudah cukup bersedia untuk susah keranaNya? Hidup susah itu sunnah kerana Rasul sendiri hidupnya susah. Moga kita diberi faham dan hidayah dari Allah. Insya-Allah...

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"




9:21 PM
Alhamdulillah


Perempuan Idaman

Perempuan yang kuimpikan
Adalah yang mempunyai budi pekerti
Hidupnya adalah untuk Ilahi
Kata bicaranya dating dari hati nurani
Ikhlas, benar dan suci
Yang boleh mendamaikan hati
Sewaktu ujian dan dugaan silih berganti
Namun dia masih mampu berdiri

Perempuan yang kuinginkan
Adalah yang hidupnya penuh kesederhanaan
Namun dia mempunyai keimanan
Bagi menghadapi sebarag cubaan
Berbekalkan tingginya ketaqwaan
Penghargaan dan kepasrahan kepada Tuhan

Perempuan yang kuimpikan
Adalah yang dapat menunjukkan jalan
Sewaktu aku tersasar kesesatan
Yang dapat menghampirkan aku pada Tuhan
Tatkala aku kejauhan
Dilambai ulit dunia

Perempuan yang kuharapkan
Pada sifat kewanitaan
Bersama sifat keibuan
Yang boleh menyejukkan tatkala kepanasan
Sentiasa tunduk ketaatan
Sujud dan rukuk walau kesejukkan
Pada kegelapan malam yang kedinginan

Perempuan yang kudoakan
Nilai maruahnya tiada tandingan
Zikirnya bagai nyanyian
Doanya adalah hiburan
Bicaranya lambing keikhlasan
Senyumnya pengubat kelukaan
Dan air matanya tanda sebuah kecintaan
Bersalut kerinduan dan keredhaan Tuhan
Bagiku yang mengharapkan




1:28 AM
Alhamdulillah