Sunday, July 02, 2006
Sepertimana yang telahpun kita ketahui, ada 4 sifat yang wajib yang ada pada Rasulullah SAW.SIDDIQ, TABLIGH, FATHONAH DAN AMANAH. Kesemua sifat Rasulullah ini telah dikurniakan oleh Allah khusus buat kekasihNya ini. Supaya menjadi contoh dan ikutan buat manusia seluruh alam.
Namun, kita sebagai umat Islam yang telah dipilih Allah SWT menjadi khalifah, orang yang sanggup utk memikul kalimah Allah di muka bumi ini, perlu juga memantapkan hati dan rohani dengan sentiasa mempelajari ilmu agar kita sentiasa berada di atas landasan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, usaha dakwah dan penyebaran Islam telah disambung oleh para sahabat baginda SAW. Mereka itulah yang digelar Khulafa' Ar-Rasyidun (Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina 'Uthman bin 'Affan r.anhum dan Saidina 'Ali Karamallahu Wajhahu). Bermula dari mereka ini dan seterusnya kepada sahabat - sahabat yang lain seperti Abu Hurairah, Abu 'Ubaidah dan juga Zaid bin Harithah r.anhum, sebenarnya pada mereka ini terdapat 6 sifat yang unggul yang telah dimiliki dan oleh kerana mereka mengamalkan sifat-sifat ini , telah membawa mereka kepada kejayaan yang besar di dunia dan akhirat. Keenam-enam sifat tersebut juga telah memudahkan urusan agama mereka dan Allah SWT telah memelihara mereka (para sahabat r.anhum) dari segala macam bentuk kesusahan. 6 sifat yang unggul yang ada pada para sahabat ialah : 1) Yakin dengan kalimah Toyyibah iaitu kalimah LAAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. 2) Solat yang Khusyu' dan Khudu'. 3) Ilmu serta Zikir 4) Ikram Muslimin 5) Ikhlas Niat. 6) Da'wah dan Khuruj Fi Sabilillah.
Cuba kita sama - sama renungi, cuba kita sama-sama hayati, cari makna yang tersembunyi dan juga pengertiannya. Allah cinta pada orang yang sentiasa mencintai ilmu. Adakah sifat - sifat ini ada pada diri kita?
Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya : Seandainya kau (umat Nabi Muhammad SAW) benar - benar mencintaiku, bersedialah untuk diuji (Allah SWT) dengan ujian yang tiada henti seperti air yang mengalir. Harus diingat, kita mengaku bahawa kita mencintai Allah dan RasulNya tetapi adakah kita sudah cukup bersedia untuk susah keranaNya? Hidup susah itu sunnah kerana Rasul sendiri hidupnya susah. Moga kita diberi faham dan hidayah dari Allah. Insya-Allah...
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"
9:21 PM
Alhamdulillah