Wednesday, August 23, 2006
Jodoh & Berkahwin
Jika kita berpegang kepada aliran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, kita
yakin bahawa segala ketentuan itu dari Allah swt (termasuk jodoh),
dan kita telah diberi oleh Allah ikhtiar (usaha) didalam melakukan
sesuatu, dan akhirnya berserah kepada Allah. Bagaimana mungkin
seseorang itu boleh tahu yang jodohnya telah mati? Qada dan Qadar
Allah swt merupakan rahsia Allah swt! Jika seseorang berkata
seseorang itu boleh mendakwa bahawa jodohnya sudah mati, ini bermakna
dia sudah tahu rahsia Allah swt! Itulah hikmah Allah swt salah satu
merahsiakan ketentuannya kepada manusia semoga manusia itu berusaha
melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Seseorang itu mestilah berusaha untuk mencari jodoh, dan menjadi satu
kesalahan mengatakan bahawa ia tidak akan berkahwin selama-lamanya.
Didalam dunia yang serba moden ini, banyak badan-badan atau
organisasi (yang halal) Islam yang boleh menolong para ahli
kumpulannya atau ahli usrahnya untuk merekomenkan calun masing-
masing. Kita tidak boleh berhenti berusaha bagi menegakkan sunnah
Nabi saw. Akan tetapi, kalau tidak ketemu pasangan sehingga akhir
hayatnya, Allah swt akan memberikannya pasangan di hari akhirat kelak
kerana Suami dan isteri akan masuk ke syurga bersama-sama. Firman
Allah swt :-
"Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka):
Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang
beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan"-
[al-Zukhruf 43:70]
Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang
Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama
mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-
isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. - [Al-Ghaafir 40:8]
"Jika seseorang wanita tidak berkahwin di dunia, sesungguhnya Allah
akan memberinya suami dimana akan berjumpa kegembiraan di Syurga.
Kegembiraan di syurga bukan hanya dihadkan untuk kaum lelaki,
sesungguhnya ia adalah untuk lelaki dan wanita, dan sebahagian
kenikmatan adalah berkahwin".
Umar ibn Al-Khattab ra. pernah berkata kepada seorang lelaki yang
tidak mahu berkahwin, katanya :
"Tidak ada perkara yang menahan kamu dari tidak berkahwin melainkan
mandul atau tidak bermoral"
Didalam apa-apa hal sekali pun, Islam menyeru agar umatnya berkahwin
dan menganggap perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi saw, adalah
dilarang menjauhi perkahwinan walaupun dengan NIAT ingin beribadat
kepada Allah, kerana :
"Tiada KeRahiban didalam Islam"
wallahu'alam, wassalam
sumber dari: Agama Corner
2:29 AM
Alhamdulillah