Thursday, October 26, 2006


ANDAINYA KITA MENGINGATI MATI
Insyallah... .
-hati kita tidak akan cinta dunia. Nafsu yang inginkan itu dan ini akan dapat kita kawal bila kita sedar hidup di dunia hanyalah sementara.
ANDAINYA KITA SERING MENGHITUNG AMAL IBADAH DAN DOSA-DOSA KITA
Insyallah...
-Kita akan akan menjadi hamba Allah yang banyak bertaubat dan banyak membuat kebajikan. Menjauhi yang mungkar demi mengharapkan rahmat-Nya di akhirat sana.
ANDAINYA KITA SERING INGATKAN DIRI KITA BAHAWA APA PUN YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK DAN IZIN ALLAH
Insyallah...
-Kita akan menjadi hamba yang bersabar dengan ujianNYa dan syukur dengan RahmatNYA.
ANDAINYA KITA BOLEH BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Insyallah
-Akan amanlah dunia daripada sengketa kerana merasakan antara kita sering bersaudara. Sekiranya ada yang teraniaya, pastinya ada yang membela.
sumber dari: Agama Corner
4:46 PM
Alhamdulillah